Program LEDAKS direka untuk melahirkan pemimpin industri yang mampu mengatasi cabaran global melalui kepimpinan berkesan dan pembinaan pasukan berimpak tinggi.
Program LEDAKS direka untuk melahirkan pemimpin industri yang mampu mengatasi cabaran global melalui kepimpinan berkesan dan pembinaan pasukan berimpak tinggi.
3 hari 2 malam
Aktiviti team building sesuai untuk mana-mana kumpulan individu yang bekerja bersama, tanpa mengira industri atau saiz organisasi.
Dr. Mohd Fauzi Hj Kamarudin (Accredited Hrdcorp Trainer)
Dr Mohd Fauzi Hj Kamarudin adalah seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Teknologi, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mempunyai pengalaman luas dalam bidang latihan sumber manusia dalam bidang generic skills development dan humanistic values. Beliau telah mengendalikan bengkel-bengkel di beberapa kementerian serta agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi-agensi latihan yang lain.
Beliau juga aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan perubahan. Beliau sering dipanggil untuk memberikan ceramah dalam program-program persediaan pelajar ke luar negara serta pelajar-pelajar yang sedang berada di luar negara dalam aspek kemahiran insaniah seperti di Melbourne, Sydney dan Tasmania.

Reviews
There are no reviews yet.