About Course

Program LEDAKS direka untuk melahirkan pemimpin industri yang mampu mengatasi cabaran global melalui kepimpinan berkesan dan pembinaan pasukan berimpak tinggi.

Course Overview

Program LEDAKS direka untuk melahirkan pemimpin industri yang mampu mengatasi cabaran global melalui kepimpinan berkesan dan pembinaan pasukan berimpak tinggi.

Course Objective

  • Membangunkan pemahaman yang kukuh tentang trend global dan kesannya terhadap amalan kepimpinan.
  • Membezakan antara pemimpin hebat dan pemimpi berkesan dengan mengenal pasti ciri utama untuk berjaya.
  • Mengenal pasti gaya kepimpinan mereka dan meneroka bagaimana ia mempengaruhi pembuatan keputusan dan prestasi pasukan.
  • Memahami kepentingan empati, belas kasihan, dan kepercayaan dalam kepimpinan.
  • Menguasai teori kepimpinan moden untuk membimbing pasukan dalam persekitaran yang tidak menentu.
  • Mengukuhkan kemahiran dalam membina pasukan berimpak tinggi dan meningkatkan dinamika pasukan.
  • Mempelajari teknik perancangan strategik untuk menyelaraskan matlamat organisasi dengan tindakan kepimpinan.
  • Membangunkan strategi kepimpinan peribadi untuk mengekalkan prestasi tinggi dan daya tahan.

Course Duration

3 hari 2 malam

Who Should Join?

Aktiviti team building sesuai untuk mana-mana kumpulan individu yang bekerja bersama, tanpa mengira industri atau saiz organisasi.

Speaker/Trainer

Dr. Mohd Fauzi Hj Kamarudin (Accredited Hrdcorp Trainer)
Dr Mohd Fauzi Hj Kamarudin adalah seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Teknologi, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mempunyai pengalaman luas dalam bidang latihan sumber manusia dalam bidang generic skills development dan humanistic values. Beliau telah mengendalikan bengkel-bengkel di beberapa kementerian serta agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi-agensi latihan yang lain.

Beliau juga aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan perubahan. Beliau sering dipanggil untuk memberikan ceramah dalam program-program persediaan pelajar ke luar negara serta pelajar-pelajar yang sedang berada di luar negara dalam aspek kemahiran insaniah seperti di Melbourne, Sydney dan Tasmania.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Team Building: Leadership LEDAKS2025”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Team Building: Leadership LEDAKS2025
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more